Sejak berzaman lagi, kecantikan sudah menjadi isu penting dalam hidup wanita. Walau usia semakin menginjak, ingin sentiasa tampak cantik dan muda selalu menjadi sebahagian besar naluri wanita. Sehinggakan, ada segelintir yang begitu risau jika wajah sudah mula kendur dan hilang keremajaan. Antara bahagian wajah paling membimbangkan wanita ialah pada dagu kerana dengan kulit yang lembut dan halus, kesannya dimakan usia begitu ketara. Akibatnya, terbentuk dagu berlapis atau tembam dan ini mula menimbulkan kegusaran serta rasa tidak senang hati. Sememangnya, penuaan tidak boleh dielakkan kerana kajian mendapati ia berpunca daripada kemerosotan sel. Tubuh manusia dibentuk daripada jutaan sel yang secara berterusan mati dan digantikan dengan sel baru. Proses ini mencapai kemuncaknya ketika seseorang berusia pertengahan 30-an dan selepas usia ini, proses penggantian sel baru mula menjadi perlahan, yang mengakibatkan kehilangan keanjalan otot serta wujudnya kedutan.
Bagaimanapun, proses ini mengambil masa yang lama dan enapan lemak berlebihan boleh muncul apabila usia meningkat menyebabkan wajah kelihatan berat dan kendur. Keadaan ini bertambah buruk apabila tisu sokongan menjadi lemah. Itulah sebabnya kita perlu bertindak untuk mencegah dan membetulkan keadaan ini. Tekanan, keletihan, kehilangan atau tambahan berat badan dan usia yang meningkat akan memburukkan lagi keadaan.
Kesimpulannya, kaedah ini membawa konsep baru dalam dunia penjagaan kulit dan mencantikkan raut wajah, melicinkan kulit dan memulihkan seri semula jadi kulit supaya sentiasa kelihatan lebih jelita serta muda.
FAKTA:
Kaedah asas untuk memulih wajah :
1) Memekap dahi dengan dua telapak tangan selama 5 hingga 10 saat.
2) Memekap mata dengan dua telapak tangan selama 10 hingga 20 saat.
3) Memekap pipi dengan dua telapak tangan selama 10 hingga 20 saat.
4) Memekap dagu dengan dua telapak tangan, seperti orang sedang menongkat dagu selama 10
hingga 20 saat.
5) Akhir sekali pekap telinga, bermula di bahagian depan kemudian belakang telinga selama 10 saat.
Sumber : Ensaiklopedia Petua Melayu Lama.
No comments:
Post a Comment