Petua Mengatasi Buku Lali atau Siku Hitam


Pilihan 1:

Potong limau nipis kepada 2 bahagian dan gosokkan pada buku lali selama beberapa minit. Biarkan air limau itu kering dengan sendiri pada buku lali yang disgosok. Lepas dirasakan sudah betul-betul kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga kelihatan bersih.


Pilihan 2:

Sediakan satu cawan susu, tepung gandum 2 atau 3 sudu besar dan satu sudu serbuk kunyit. Campurkan kesemua bahan tersebut dalam satu mangkuk bersih dan gaul sehingga rata. Kemudian, sapu adunan itu pada bahagian siku atau buku lali atau kedua-duanya sekali dan biarkan selama lebih kurang 30 minit. Selepas 30 minit, baharulah digosok bahagian tersebut perlahan-lahan dengan menggunakan air suam untuk membersihkannya.


          

Sumber : Ensaiklopedia Petua Melayu Lama.

No comments:

Post a Comment