Rahsia & Fadhilat Surah Al Fatihah


1. Untuk Penawar Racun dan Kala Jengking 

Isi gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Dengan ikhtiar itu, racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.



2. Untuk Menghilangkan Sifat Lupa 

Tulis surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.

3. Untuk Penyembuhan Segala Penyakit 

Ambil sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Lakukan berkali-kali.

4. Untuk Penyembuhan Penyakit Mata 

Baca surah ini 41 kali sehabis solat subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah.

Wallahu'alam.




Sumber : Ensaiklopedia Petua Melayu Lama oleh Farit Ismeth Emir - http://www.ePetua.com

No comments:

Post a Comment