Perjalananku ke Melaka adalah sempena cuti sekolah bersama keluarga pada hari Sabtu 25 Mei 2013. Si kecil Muhammad Darwish amat teruja dan tidak sabar sehingga menyoal beberapa kali bila
kita akan bertolak menyebabkannya tidak tidur malam memikirkan apa yang akan dilihatnya nanti.
Kami bertolak pagi, bersarapan di Taman Permata dan terus menuju ke MRR2. Menaiki kereta menyusuri jalan lama melalui Nilai - Port Dickson- Lubok China untuk menikmati suasana kampung. Anak-anak tidak berhenti bergurau dan bergaduh di belakang sambil diselangi dengan nyanyian ngomel oleh si kecil. Berhenti untuk mengisi perut di Warung Asam Pedas Special PD sebelum menuju terus ke Melaka.
Sampai di Pantai Klebang pada pukul kira-kira 1.00 tengahari dan si Abang Muhammad Nabil terpandang sign board Muzium Kapal Selam Pantai Klebang. Tanpa berlengah terus pusing stereng masuk ke entrance. Nun jauh di tengah pantai yang ditambak baharu nampak kapal selamnya.
Harga tiket masuk ke Muzium Kapal Selam itu RM3 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak, waktu beroperasi setiap Isnin hingga Khamis mulai jam 9 pagi hingga 5.30 petang, manakala Jumaat hingga Ahad bermula 9 pagi hingga 6.30 petang.
Di bawah ini, sebahagian foto yang sempat diambil menggunakan Blackberry Bold 9900. Sorry kalau kualitinya kurang bagus..
Pemandangan dari luar Muzium Kapal Selam.
Sempat snap Volkswagon Beetles nih sebab nampak klasik.
Si kecil Darwish bergambar depan kapal selam.
Seronok tak terkata...
Meneroka bahagian enjin
Kokpit kawalan pemandu
Krew pembacaan peta dan koordinasi
Bergambar di bahagian dalam.
Bahagian kawalan radio dan maklumat
Ruangan makan VIP, tempat tidur pegawai dan krew.
Ruangan dalam yang sempit dan dipenuhi tombol-tombol besi.
Bahagian dapur dan tempat memasak di dalam kapal selam.
Bilik mandi dan tandas. Kemana di flush? tak tau..
Bahagian belakang enjin.
Habis sudah dengan lawatan ke Muzium Kapal Selam. Kemudian kami bergerak mencari tempat stay untuk satu malam. Memang jarang booking kalau nak berjalan, akibatnya semua chalet penuh. Nak booking hotel? Emmm paham-paham sudah le. Pusing punya pusing dapat satu chalet yang ada last kopek punya bilik di Pantai Puteri. Straits View Lodge nama dia... Sewa satu malam
RM 90.00 + extra bed RM 10.00. Oklah untuk budget vacation macam kami. Mengadap laut lagi tapi kena melintas jalan kalau nak ke pantai.
Nih nombor contact dia kalau nak booking.
Bahagian depan chalet
Bahagian dalam chalet, serba sedehana. Mana mungkin kita nak bersyukur dengan yang banyak jika tidak bersyukur dengan yang sedikit.
Oppps, Sorry, gambar ni pun nak di'snap'.
Selesai urusan 'check in' dan solat Zuhur + Asar jamak, kami pergi melihat suasana pertandingan memancing di sepanjang Pantai Puteri. Diberitahu oleh abang chalet yang ramah, pertandingan ni dianjurkan dua bulan sekali untuk semua kaki pancing yang dianjurkan oleh Joran. Hadiahnya agak lumayan...Emm RM 20,000.00 untuk tempat pertama. Best gak tuh... Ini antara foto yang sempat dirakam..
Kail pancing beratur di sepanjang Pantai Puteri
Sabar menanti mata pancing disentap oleh sang ikan
Menggunakan umpan 'umbut' untuk sentapan sang ikan
Siap complete set abang pancing ni ada..
Suasana yang meriah di Pantai Puteri dengan kehadiran kaki pancing
Muka frust Abang Nabil sebab tak dapat mandi takut tersangkut mata pancing..
Habis sudah menikmati suasana keindahan Pantai Puteri, kami bertolak menuju ke Bandar Melaka untuk makan malam dan melihat apa yang seronok di sana. Kakak Aina pula teringin nak naik Malacca River Cruise. Pusing punya pusing (Alhamdulillah ada GPS) jumpa juga jeti nak naik bot nih menyusuri Sungai Melaka. Sesampai, alamak! punya ramainya orang beratur nak naik.
Pelayaran dengan Melaka River Cruise (MRC) bermula dari Taman Rempah ke Muara Sungai dan ia akan berakhir di Taman Rempah semula. Melaka River Cruise menyediakan bot biasa dan bot khas di mana bot biasa orang dewasa akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 manakala kanak-kanak RM5.
Beratur panjang nak naik Melaka River Cruise
Dua orang jelitawan, Aina dan ibunya Ija atas bot.
Si kecil Darwish yang teruja naik Melaka River Cruise
Suasana atas bot..
Pemandu bot River Cruise, tima kasih bang bawak kitorang jalan-jalan..
Pemandangan indah di sepanjang Sungai Melaka di waktu malam dengan kerdipan lampu.
Peace Yo!
Habis sudah keseronokan menaiki Melaka River Cruise, perut pun sudah berisi, 11.00 malam, kami balik semula ke chalet yang terletak kira-kira 10 km dari bandar. Masing-masing keletihan terus tidur. Memandu sorang-sorang sambil melayan Sinar FM mengimbau kenangan silam..
Esoknya, selepas breakfast yang sihat (nasi lemak, kuey teow goreng dan roti canai) kami menuju ke Ayer Keroh. Perancangannya nak pergi ke Taman Buaya atau Zoo Melaka, tapi dengar dari berita trafik radio Melaka, jalan menuju ke sana jem bergerak perlahan...Pasang GPS tengok interest place. Sekali jumpa Planetarium Melaka kat MITC Ayer Keroh. Orait, kami on the way...
Bergambar depan Melaka Planetarium
Sorry gambar gelap, sebab kat dalam memang gelap..
Pukul 2 petang, menuju ke Masjid Al-Alami untuk bersolat, Zohor + Asar Jamak Taqdim. Senibinanya yang unik bercirikan masjid Cina. Sempat snap beberapa shot...
Pemandangan luar Masjid Al-Alami MITC Aye Keroh
Ruang solat bahagian dalam Muslimin
Begitulah kembaraku di bumi Melaka Bersejarah...on the way balik kami sempat singgah untuk membeli serba sedikit souvenier untuk Aina, Nabil dan Darwish beri kepada rakan-rakan sekolahnya.
Masa balik, jalan jem teruk sepanjang Lebuhraya PLUS bermula dari Alor Gajah hingga ke Seremban. Ambil jalan pintas, turun ke Rembau - Pedas - terus ke Senawang masuk ke Highway LEKAS - Ampang...Sampai rumah kira-kira pukul 7.30 malam. Alhamdulillah, dipermudahkan perjalanan kami, sempat solat Maghrib. Wassalam.
No comments:
Post a Comment