Kehebatan Seorang Huffaz Al-Quran


Subhanallah, Otak pelajar tahfiz maut kebakaran 'segar' seperti masih hidup! - Terbakor

TIKAM BATU – Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu. Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.







Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.


Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Barang rakan lain musnah.

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.
“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.

                             
Orang ramai melihat keadaan asrama Mahaad Tahfiz Al Barakah yang terbakar di Kampung Masjid, Tikam Batu. Gambar kecil, Aiman Nur Hakim Yahaya, 13, mangsa yang rentung dalam kejadian itu. - Foto Omar Osman Jun 15, 2013.




Rumah dua tingkat yang diubahsuai dan dijadikan asrama pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab) di Kampung Masjid, Tikam Batu, hangus terbakar dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 2 pagi.- Foto Bernama 



Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.
“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.


Barang peninggalan Allahyarham  yang masih elok tidak terbakar - Foto KOSMO

Ustaz Anuar Md Isa menunjukkan almari Aiman yang tidak terjejas dalam kebakaran.

Baru lakukan tasmid.

Ustaz Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.
“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.
Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.
“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.

Tidak jejas ambilan pelajar.

Menurut Anuar, tragedi yang menimpa Mantab langsung tidak mematahkan semangatnya dan tenaga pengajar lain untuk terus mengembangkan syiar Islam dalam usaha melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.
“Kita baru sahaja menerima seorang pelajar hari ini (semalam). Ini menunjukkan respons positif daripada pihak ibu bapa dan ia (tragedi) sebenarnya tidak menjejaskan pengambilan pelajar,” katanya.
Berhubung soal keselamatan pula, katanya, pihaknya akan meningkatkan ciri-ciri keselamatan di samping menyediakan kelengkapan dan meningkatkan ilmu berhubung keselamatan selain menyediakan prasarana yang layak.
“Setakat ini, pelajar diberi cuti seminggu untuk kita jalankan proses pengurusan, terutamanya melibatkan penempatan pelajar di blok sebelah,” katanya.
Menurut Anuar, kesemua 20 pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun akan dipindahkan ke blok bilik darjah yang sedang diubah suai menjadi tempat penginapan.
Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak yang bersimpati, menyumbang dan membantu pihaknya untuk membangunkan semula maahad tahfiz itu.



Mimpi kakak jadi kenyataan.

Sungai Petani - Seorang kakak tidak menyangka bermimpi asrama adiknya terbakar tahun lalu akhirnya menjadi kenyataan apabila Allahyarham Nur Aiman Hakim Yahaya, 13, ditemui rentung dalam kebakaran asrama Maahad Tahfiz Al-Barakah di Kampung Masjid, Tikan Batu, di sini, semalam.

Nur Najwa Fatehah, 17, berkata, dia pernah bermimpi asrama Aiman terbakar, namun tidak pernah beritahu ibu bapanya.

Menurutnya, dia bimbang mengenang perkara berkenaan selain risau keadaan adiknya yang tinggal di asrama itu kerana takut mimpinya menjadi kenyataan.

“Namun jam 7 pagi tadi (semalam) saya terkejut apabila terima panggilan daripada ummi dan ayah memberitahu, asrama adik di Tikam Batu terbakar dan Aiman turut rentung selepas terperangkap dan gagal diselamatkan rakannya.

“Saya tak sangka mimpi itu menjadi kenyataan dan sedih kerana kehilangan adik yang cerdik dan pintar. Kali terakhir bertemunya ketika saya dan ummi melawatnya di depan asrama, Sabtu lalu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

“Malah, ketika mahu pulang ke asrama, arwah mencium tangan saya dua kali sedangkan sebelum ini hanya sekali. Itulah pertemuan terakhir hinggalah mendapat berita kematiannya,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

Sementara itu, ibu mangsa, Siti Hafsah Ahmad, 43, berkata, kali terakhir dia bertemu arwah pada Sabtu lalu ketika melawatnya di depan asrama di Tikam Batu, dan itu untuk tempoh 30 minit saja.

Katanya, sebelum itu Aiman pulang bercuti di rumah keluarga di Taman Penaga, Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang selama dua minggu dan pulang semula ke asrama 1 Jun lalu.

“Ketika bercuti, arwah memberitahu dia berjaya menghafaz juzuk pertama al-Quran dan akan mula menghafaz juzuk kedua sebaik sekolah dibuka,” katanya yang melihat kali akhir arwah keriangan.

myMetro 16 Jun 2013




SUNGAI PETANI 15 Jun - Seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab) rentung manakala dua lagi cedera selepas sebuah rumah banglo yang dijadikan asrama terbakar di Kampung Masjid, Tikam Batu dekat sini awal pagi ini.

Kebakaran berlaku kira-kira pukul 1.45 pagi ketika mangsa, Aiman Nur Hakim Yahya, 13, bersama 15 rakannya tidur di asrama berkenaan.

Aiman Nur Hakim yang rentung keseluruhan badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mior Amirul Mior Mohd. Ghazali, 16, dan Muaz Halim, 16, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan.

Penaung maahad itu, Anuar Md. Isa yang juga Imam Masjid Al-Barakah berkata, dia mula menyedari kebakaran itu selepas terdengar bunyi riuh di kawasan asrama.

"Sebaik sahaja membuka tingkap rumah, saya nampak api marak di kawasan asrama. Saya bergegas ke tempat kejadian dan apabila tiba didapati 15 pelajar berjaya melarikan diri manakala Aiman Nur Hakim terperangkap di dalam," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Anuar berkata, tidak lama kemudian sepasukan anggota dan pegawai bomba dan penyelamat tiba untuk memadamkan kebakaran.

"Saya sedih dengan apa yang berlaku dan Aiman Nur Hakim adalah pelajar contoh," kata Anuar.

Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Shabuddin berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan kebakaran itu berpunca daripada litar pintas.

"Api marak dengan cepat kerana sebahagian daripada struktur asrama ini diperbuat daripada kayu," katanya.


Gambar Berita Harian



 Gambar Berita Harian

                                                                           
Seorang pelajar yang terselamat, Mohd. Daniel Mohd. Zaki, 13, berkata, ramai pelajar berjaya keluar dari bangunan itu dan menjerit meminta pertolongan.

"Kami cuba kejutkan semua rakan namun Aiman Nur Hakim terperangkap dipercayai selepas sesak nafas terhidu asap tebal," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Ali Yahya yang berkunjung ke tempat kejadian berkata, pihaknya akan berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Mohd. Rawi Abdul Hamid bagi mendapatkan peruntukan khas untuk pembangunan semula pusat pengajian al-Quran itu.

Mayat Aiman Nur Hakim dihantar ke HSAH untuk bedah siasat dan dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Bekah, Penaga, Pulau Pinang petang ini.

Utusan 16 Jun 2013






No comments:

Post a Comment