a. Perut adalah sumber kepada hampir segala penyakit. Perut bersih, badan terhindar dari penyakit dan otak menjadi sihat. Perut kotor, badan terdedah kepada pelbagai penyakit dan otak menjadi lemah. Pembersihan ini boleh dilakukan dengan memakan julap atau jadam. Makanlah sebulan atau dua bulan sekali. Memakan julap adalah amalan orang Arab dan India. Memakan buah peach sebelum makan pagi juga boleh menggantikan julap dan jadam untuk membersihkan perut. Sebenarnya terdapat banyak kaedah untuk membersihkan perut mengikut pelbagai masyarakat dan agama.
b. Islam, di samping mewajibkan berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan, ia juga menggalakkan umatnya untuk berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis dan pada hari-hari tertentu. Amalan ini dapat membersihkam perut dan seterusnya menerangkan hati pengamalnya. Kesihatan otak dan badan keseluruhannya akan bertambah sekiranya anda rajin menjaga kebersihan usus dan perut.
Sumber : Ensaiklopedia Petua Melayu Lama oleh Farit Ismeth Emir - http://www.ePetua.com
No comments:
Post a Comment