Ciri-ciri Lelaki Buruan Wanita



1. Yakin Pada Diri Sediri
Keyakinan pada diri sendiri adalah kualiti penting yang sering di cari oleh wanita, lakukan sesuatu perkara itu dengan terbaik. Yang paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki sejati. Sebaliknya anda harus berikan alasan kukuh, kenapa anda tidak boleh lakukan. Penting untuk berlatih bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.

2. Pandai Buat Lucu
Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Lebih teruk kalau tersengeh-sengeh tak tentu fasal. Ingat, untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya anda membuat lawak bodoh. Belajar buat lawak secara spontan dan bersahaja, kerana ini akan menghiburkan hatinya. Lawak bersahaja itulah yang membuatkan si dia akan terua merindui kerenahmu.

3. Romantik
Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Ingat, romantik bukanya gatal atau miang, lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. Biar seseorang wanita itu kelihatan ‘rugged’ atau agresif. namun dalam hal teman lelaki, kebanyakannya memilih yang romantik.

4. Bijak
Wanita sering mengimpikan seorang lelaki yang berpenddikan dan pandai. Jika anda berasakan anda kurang bijak, mungkin anda boleh mengambil langkah untuk melanjutkan pelajaran. Luangkan masa anda mendengar berita dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semesti anda adalah seorang ahli akademik. Caranya, baca ulasan buku seolah-olah anda telah membaca keseluruhan buku tersebut. Kalau perlu, pakailah cermin mata yang tidak berkuasa untuk memperlihatkan anda bergaya seperti seorang intelek.

No comments:

Post a Comment